PENAMPILAN DIRI

Penampilan diri merupakan satu aspek penting dalam
perniagaan. ‘Siapa kita’ mula-mula dilihat dari
penampilan diri. Bagaimana kita berpakaian, tutur kata
dan cara penyampaian kita.

Secara logiknya, bila kita ingin memperkatakan tentang
sesuatu perniagaan yang hebat, mestilah kita
berpakaian dengan kemas. Bukannya dengan berpakaian
ala kadar macam nak pergi ke pasar..

Kita kena sedar yang kita merupakan seorang usahawan
untuk satu perniagaan yang luar biasa. Orang tidak
akan ‘memandang’ kita jika kita mengatakan sesuatu
yang hebat tetapi penampilan diri kita tidaklah
seberapa. Bercakap pun tidak penuh dengan keyakinan
dan enthusias.

Ubah penampilan diri kerana kebanyakan orang
mempercayai kata-kata kita bila kita berpakaian yang
kemas, menjelaskan konsep perniagaan dengan penuh
keyakinan dan memperkatakan sesuatu dengan berdasarkan
fakta yang boleh diterima logik akal.

Jika kita bangun pagi, tanpa gosok gigi dan menyikat
rambut, memakai seluar jeans dan T-shirt serta
berselipar. Apabila keluar dari rumah, penilaian
pertama orang ialah “orang gila mana ni” tetapi bila
kita bangun pagi, bersiap-siap dengan menyikat rambut
dengan rapi, memakai kemeja dan bertali leher serta
berkot dan keluar dari rumah, penilaian pertama orang
ialah “pengurus syarikat mana ni”. Begitulah persepsi
orang ramai terhadap cara berpakaian seseorang.

Jika kita menerangkan konsep perniagaan kepada orang
sambil garu-garu kepala dan tidak mempunyai keyakinan,
siapa yang akan percaya? Adakah orang tersebut akan
menyatakan persetujuan untuk menyertai perniagaan
dengan seorang yang tidak mempunyai pendirian dan
keyakinan yang teguh. Ubah penampilan diri dan anda
telah mengubah masa depan anda.

“You only have one chance for first impression”